<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9752792?origin\x3dhttp://cintaku-rim.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 

Ramadhan Sebentar Lagi | Sunday, October 16, 2005


Kedatangan bulan Ramadhan adalah merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman. Di bulan ini dibukakan segala pintu-pintu langit, pintu-pintu syurga dan pintu-pintu rahmat. Setiap amal kebajikan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. Doa mudah dikabulkan dan pintu pengampunan terbuka luas bagi setiap orang yang beriman dan orang-orang yang kembali ke jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Sebagai seorang yang beriman, sudah setentunya tidak ingin terlepas segala peluang yang ada. Lebih-lebih lagi di bulan ini banyak keistimewaan dan ganjaran pahalanya. Untuk itu Irsyad Hukum kali ini mengingatkan supaya sama-samalah kita mempersiapkan diri sebelum menempuh kehadiran bulan Ramadhan, yaitu dengan mendalami perkara yang dilarang dan yang disunatkan ketika melaksanakan puasa serta kewajiban-kewajiban lain yang perlu dilunaskan sebelum kedatangannya.

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadhan

1. Merasa Gembira Dan Berdoa
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menggembirakan para sahabatnya dalam menyambut tibanya bulan Ramadhan ketika Baginda menyampaikan khutbah kepada para sahabat yang antara lain mengandung beberapa panduan dan dorongan untuk memperbanyak amal ibadat dalam bulan Ramadhan. Panduan dan dorongan yang diberikan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itu membuat para sahabat merasa gembira menyambut tibannya bulan Ramadhan yang mulia.Sehubungan dengan kegembiraan menyambut Ramadhan itu, at-Thabarani dan lain-lain meriwayatkan daripada Anas Radhiallahu anhu, bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam sebelum tiba bulan Ramadhan, mulai daripada masuk bulan Rejab, Baginda sering berdoa. Antara doa Baginda ialah:Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di bulan Rajab dan Syaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

2. Puasa Sunat

Sebelum bulan Ramadhan, yaitu di bulan Syaban, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memperbanyak puasa sunat. Oleh itu memperbanyak puasa sunat di bulan Syaban adalah sangat digalakkan karena mencontohi amalan Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, kalau tidak dapat dibuat semuanya, maka janganlah ditinggalkan semua. Bukan saja bagi mencukupi ganjaran pahala dan rahmat Allah Ta’ala, bahkan bagi melatih diri berpuasa sebelum datangnya bulan Ramadhan.

3. Mengqadha Puasa Wajib

Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib diqadha pada masa-masa tertentu. Bulan Syaban merupakan masa atau peluang terakhir buat tahun itu untuk mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal itu. Maksud peluang terakhir di sini ialah bagi meninggalkan membayar fidyah, karena jika telah masuk bulan Ramadhan, sedangkan puasa Ramadhan tahun yang sebelumnya belum diqadha, maka di samping kewajiban mengqadhanya, wajib pula mengeluarkan fidyahnya.Bagi siapa yang masih belum mengqadha puasa Ramadhan tahun lalu, baguslah mengambil kesempatan mengqadhanya pada bulan Syaban ini agar tidak terkena membayar fidyah.

4. Membayar Fidyah

Fidyah dalam hal puasa berarti bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau karena melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Antara sebab-sebab wajib mengeluarkan fidyah puasa ialah:

a. Tidak berupaya berpuasa, yaitu seseorang yang wajib berpuasa tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua atau lemah. Sekiranya dia berpuasa, dia tidak akan dapat menanggung kepayahannya. Maka orang sedemikian wajib membayar fidyah saja dan tidak diwajibkan mengqadha puasanya.

b. Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa. Maka dia wajib membayar fidyah saja tanpa mengqadha puasanya. Sementara orang sakit yang ditakuti akan bertambah sakitnya jika dia berpuasa tetapi ada harapan untuk sembuh, maka tidak wajib baginya berpuasa. Tetapi apabila dia sembuh wajib atasnya mengqadha puasa yang ditinggalkannya itu tanpa membayar fidyah.

c. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, yaitu jika sekiranya mereka berpuasa maka ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu. Dalam hal ini, di samping mereka diwajibkan membayar fidyah, mereka juga wajib mengqadha puasanya. Namun jika dia berbuka karena merasa takut akan kemudaratan dirinya saja atau takut akan kemudaratan dirinya dan juga anaknya, maka wajib dia mengqadha puasa saja tanpa membayar fidyah.

Orang yang tidak mengqadha puasa Ramadhan pada tahun lalu sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa unsur syari. Di samping wajib ke atasnya membayar fidyah (satu cupak bagi sehari puasa), dia juga wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya itu. Kadar jumlah fidyah tersebut akan berganda (2 cupak bagi sehari puasa) jika ditangguhkan lagi sehingga datang tahun berikutnya. Demikianlah seterusnya, setahun ke setahun kadar jumlah fidyah akan berganda-ganda jika qadha puasa tidak ditunaikan.

Mendalami Perkara Dilarang Dan Yang Disunatkan Ketika Puasa
Setiap muslim hendaklah mengetahui perkara-perkara yang dilarang ketika puasa serta menjaga adab-adabnya, agar puasa itu diterima Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sempurna pula pelaksanaannya. Demikian juga, setiap muslim hendaklah mengetahui perkara-perkara yang disunatkan ketika berpuasa agar mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Taala. Antara perkara-perkara yang sepatutnya bahkan wajib diketahui ialah:

1. Adab-Adab PuasaAntara adab-adab yang perlu dijaga ketika seseorang menjalani ibadat puasa ialah:
a. Menutup pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh syara dan daripada melihat perkara-perkara yang boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah Taala.
b. Menutup telinga daripada mendengar perkara-perkara yang diharamkan supaya tidak tergolong ke dalam golongan orang-orang yang suka mendengar berita bohong.
c. Menjaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong, lebih-lebih lagi yang dituntut supaya menjaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang diharamkan, seperti mengumpat, berdusta, memfitnah, berbantah-bantah karena perkelahian, bersumpah bohong dan yang seumpamanya.
d. Memelihara seluruh anggota yang lain seperti tangan, kaki dan sebagainya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang diharamkan.

2. Perkara-Perkara Sunat Ketika PuasaTerdapat beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa, antaranya ialah:
a. Sunat bagi orang yang hendak mengerjakan puasa itu bersahur dengan sesuatu makanan walaupun dengan sebiji kurma ataupun seteguk air, karena bersahur itu mengandung keberkatan. Antara keberkatannya ialah, dapat membantu seseorang menyiapkan ketahanan dirinya dari segi fizikal untuk mengerjakan ibadat puasa di siang hari, ia juga dapat membantu mengisi keperluan rohaninya dengan merebut peluang untuk bertahajjud, berzikir, beristighfar dan berdoa pada waktu sahur.
b. Sunat melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar yaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum terbit fajar. Antara tujuannya ialah untuk memendekkan masa menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
c. Sunat bagi orang yang berpuasa menyegerakan berbuka puasa terlebih dahulu sebelum dia mengerjakan sembahyang Maghrib yaitu sunat berbuka puasa dengan tiga biji kurma basah (ruthab). Jika tidak ada, memadai dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak ada, memadai dengan beberapa teguk air. Sesudah selesai menunaikan sembahyang Maghrib barulah menikmati hidangan yang lain.
d. Sunat bagi orang yang berpuasa itu sentiasa membasahkan bibirnya dengan berzikir dan berdoa sepanjang hari dia menjalani ibadat puasa, lebih-lebih lagi yang dituntut ketika waktu berbuka puasa karena doa orang berpuasa ketika dia berbuka sangat mustajab dan tidak tertolak.
e. Memperbanyak membaca al-Quran. Al-Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Azkar bahawa hari-hari yang terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Senin, Kamis, hari Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, kemudian bulan terbaik adalah bulan Ramadhan.
Oleh itu, di bulan Ramadhan inilah kesempatan yang paling berharga yang sepatutnya digunakan dengan sebaik-baik mungkin untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran, sama ada secara bertadarus ataupun secara sendirian.
f. Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan. Karena Nabi Shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah dan dermawan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Antara lain fungsi sedekah di bulan Ramadhan itu ialah untuk menutupi atau menambal kecacatan atau kekurangan pada puasa seseorang.

3. Perkara-Perkara Membatalkan Puasa
a. Perempuan yang datang haidh atau nifas ketika dia sedang berpuasa, maka batal puasa tersebut dan wajib diqadha.
b. Makan dan minum dengan sengaja di siang hari bulan Ramadhan. Perbuatan demikian haram hukumnya dan wajib diqadha puasa tersebut.
c. Muntah dengan sengaja. Yaitu melakukan sesuatu yang menyebabkan dia muntah seperti menjulur-julurkan lidahnya ke langit-langit kemudian dia muntah dengan sebab perbuatannya itu.
d. Mengeluarkan air mani dengan sengaja sama ada dengan menggunakan tangan, menyentuh, menyenggol, dengan sebab berpeluk-peluk, bercium-cium atau seumpamanya.
e. Orang yang sedang berpuasa menjadi gila dengan tiba-tiba, sekalipun gilanya itu hanya dalam tempo seketika. Orang gila tersebut tidak diwajibkan qadha puasanya.
f. Orang yang sedang berpuasa yang hilang akal seperti pitam, pingsan atau mabuk sepanjang hari yaitu daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa orang tersebut batal dan wajib diqadha. Jika dia sadar dalam tempo tersebut walau hanya sesaat, maka sah puasanya.
g. Orang yang sedang berpuasa apabila murtad (keluar dari agama Islam), walaupun sekejap, maka batal puasanya dan wajib qadha apabila dia kembali semula kepada Islam.
h. Orang yang sedang berpuasa apabila bersetubuh pada siang hari dengan sengaja dengan memasukkan hasyafah atau kadarnya pada qubul atau dubur manusia atau binatang, maka batal puasa orang yang melakukan persetubuhan itu dan wajib dia mengqadha puasanya serta menunaikan kaffarah. Begitu juga kepada orang yang disetubuhi adalah batal juga puasanya, tetapi wajib dia mengqadhanya saja tanpa kaffarah.
Kaffarah karena persetubuhan tersebut ialah memerdekakan seorang hamba. Jika tidak memperolehinya, maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak berdaya hendaklah memberi makan enam puluh orang miskin.
i. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari bagian tubuh manusia.
Maksud dengan benda di sini ialah apa-apa jua benda walaupun sedikit, sama ada yang boleh dimakan seperti sebiji lenga atau yang tidak boleh dimakan seperti sebutir pasir. Tidak termasuk maksud benda itu ialah rasa, warna atau bau.
Yang dimaksudkan dengan lubang yang terbuka itu ialah tempat masuk atau keluar sesuatu, sama ada lubang itu semula jadi adanya seperti mulut, hidung dan sebagainya atau yang baru wujud seperti perut atau kepala yang ditebuk.
Adapun maksud sengaja itu pula ialah dilakukan oleh dirinya sendiri atau dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.
Manakala maksud rongga pula ialah apa-apa sahaja yang dinamakan rongga sama ada rongga itu mempunyai kuasa memproses makanan atau obat ataupun tidak seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu (al-ihlil).

Penutup

Berpuasa bukan hanya memelihara dan menjaga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, akan tetapi lebih jauh daripada itu ialah menjaga perkara-perkara yang boleh mendatangkan haram kepada mana-mana anggota tubuh badan. Oleh karena itu kita telah diperingatkan bahwa berapa banyak orang puasa yang tidak dapat apa-apa pahala melainkan lapar dan dahaga.
Bulan Ramadhan adalah musim memperoleh untung dan laba besar, karena ganjaran pahala ibadat -sembahyang umpamanya- dilipat gandakan sehingga menjadi 70 kali lipat, bahkan pahala puasa itu sendiri hanya Allah saja yang mengetahuinya.

Ketika berpuasa tinggalkan perkara-perkara yang boleh melalaikan atau menyebabkan susut nilai amalan di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi 10 terakhir di bulan yang mulia itu, yang di dalamnya ada satu hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kalau hendak berbelanja karena hari raya -bukan membazir atau memboros- berbelanjalah dari sekarang. Supaya masa-masa di bulan Ramadhan hanya akan dipenuhi dengan amal ibadat.

Motor3.5_1f@mkpi.panasonic.co.id

*************************
Created at 9:03 AM
*************************

 
welcome


hello

MENU

HOME

Cinta Ku

Cinta - Al- Qur'an & Hadist

Cinta - Artikel

Cinta - Berita

Cinta - Busana & Perkawinan

Cinta - Cerita

Cinta - Doa

Cinta - Kecantikan

Cinta - Kesehatan

Cinta - Liputan Khusus

Cinta - Masakan & Minuman

Cinta - Musik

Cinta - Muslimah

Cinta - Puisi

Cinta - Rukun Iman & Islam

Links


Archieve

December 2004[x] January 2005[x] October 2005[x]