PUASA-PUASA SUNAT | Sunday, October 16, 2005
PUASA ISNIN DAN KHAMIS. Dalil tentang sunat berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis Hadis Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berpuasa pada hari isnin dan khamis.
PUASA 3 HARI DALAM SEBULAN. Dalil tentang sunat berpuasa pada 3 hari setiap bulan Hadis Rasulullah s.a.w :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur. Hadis Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kami puasa pada hari-hari cerah (bulan purnama) iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.
PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL Dalil dan kelebihan puasa ini. Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
PUASA SUNAT PADA * ZULHIJJAH Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah.
PUASA HARI ARAFAH Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.
PUASA SEPULUH HARI DI BULAN DHUHA Kelebihan berpuasa di hari ini Hadis daripada Ibu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya : Tidak ada mana-mana hari-hari beramal padanya yang lebih disukai oleh Allah SWT. dari hari-hari ini iaitu hari kesepuluh daripada bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! walaupun jihad pada jalan Allah ? Sabda Rasulullah : Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya (Syahid).
PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah : Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya. Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
PUASA BULAN REJAB Kelebihan berpuasa di bulan ini. Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya : Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.
PUASA BULAN SYAABAN Puasa di bulan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w : Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :
Maksudnya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnak puasa selama sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah telah berpuasa dalam sebulan lebih daripada puasa baginda pada bulan Syaaban.
http://members.tripod.com/ahmad_awang/puasasunat.html
*************************
Created at 9:07 AM
*************************
|
|
welcome
hello
MENU
HOME
Cinta Ku
Cinta - Al- Qur'an & Hadist
Cinta - Artikel
Cinta - Berita
Cinta - Busana & Perkawinan
Cinta - Cerita
Cinta - Doa
Cinta - Kecantikan
Cinta - Kesehatan
Cinta - Liputan Khusus
Cinta - Masakan & Minuman
Cinta - Musik
Cinta - Muslimah
Cinta - Puisi
Cinta - Rukun Iman & Islam
Links
Archieve
December 2004[x] January 2005[x] October 2005[x]
|
|