Rukun Islam & Rukun Iman | Thursday, December 23, 2004
1. BERIMAN KEPADA ALLAH
Rukun Iman yang pertama ialah beriman kepada Allah. Keimanan kepada Allah merupakan asas pokok di dalam dasar keimanan seseorang. Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusia yang makrifat kepada Allah dengan sebenar-benarnya yakin kerana dengan keyakinan yang betul dan benar, maka dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya.
2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Rukun Iman yang kedua ialah beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah. Mereka ini ialah makhluk di alam ghaib. Makhluk yang tidak dapat dilihat, didengar, disentuh, dihidu dan dirasa. Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini. Mereka tidak tidur dan tidak mempunyai nafsu syahwat. Mereka ialah makhluk yang taat, patuh dan sentiasa patuh beribadat menjalankan perintah Allah.
3. BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada para rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
25 Rasul yang wajib diketahui:
Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub,
Yusuf, Ayub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilias,
Iliasak', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad s.a.w
4. BERIMAN KEPADA KITAB
Bahawa sesungguhnya setiap rasul dan nabi yang diutuskan kepada sesuatu kaum dan bangsa mempunyai syariat dan ajaran. Semua ajaran itu disampaikan oleh malaikat dan dicatatkan di dalam kitab-kitab dan suhuf. Jumlah kitab-kitab suci tidak diketahui jumlah sebenarnya. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun begitu, setiap rasul dan nabi itu pasti dibekali dengan kitab-kitab suci masing-masing.
4 buah kitab suci:
* Kitab Taurat - Nabi Musa a.s
* Kitab Zabur - Nabi Daud a.s
* Kitab Injil - Nabi Isa a.s
* Kitab Al-Qur'an - Nabi Muhammad s.a.w
5. BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Rukun Iman yang kelima ialah beriman kepada hari akhirat. Maksudnya ialah kita wajib beriktikad dan yakin akan wujudnya hari akhirat atau hari kiamat. Harinya pasti. Bila waktunya berlaku tidak seorang pun yang mengetahuinya, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui bila berlakunya hari akhirat itu.
6. BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Beriman kepada qada' dan qadar bererti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di dalam alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah qada' dan qadar Allah yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Rujukan:
Ustaz Sulaiman Endut, 2002, Asas-Asas Fardhu Ain, Pustaka Haji Abdul Majid
*************************
Created at 3:54 AM
*************************
|
|
welcome
hello
MENU
HOME
Cinta Ku
Cinta - Al- Qur'an & Hadist
Cinta - Artikel
Cinta - Berita
Cinta - Busana & Perkawinan
Cinta - Cerita
Cinta - Doa
Cinta - Kecantikan
Cinta - Kesehatan
Cinta - Liputan Khusus
Cinta - Masakan & Minuman
Cinta - Musik
Cinta - Muslimah
Cinta - Puisi
Cinta - Rukun Iman & Islam
Links
Archieve
December 2004[x] January 2005[x] October 2005[x]
|
|